Sunday, 20 April 2014

Kebebasan di Bumi sendiri....


     Pasti ramai yang pernah menonton filem Embun yang pernah ditayangkan pada tahun 2002.Hampir setiap kali menjelang hari Kemerdekaan negara yang disambut pada 31 ogos, kita dilambakkan dengan filem-filem berunsurkan patriotik seperti filem Embun, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan Sarjan Hassan yang bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

     Selari dengan objektif kursus Hak Asasi Manusia, saya rasa filem Embun amat sesuai untuk ditonton yang temanya menentang penjajahan British dan Jepun di tanah melayu.Sebagai manusia yang bertamadun, saya yakin kita tidak ingin hidup dibelenggu penjajahan dan kebabasan kita terhalang.Semua manusia mengimpikan hidup yang bebas, jika tidak masakan berbagai-bagai akta telah dibuat oleh badan keamanan dunia terutamanya selepas perang dunia ke-2 seperti Universal Declaration of Human Rights yang jelas-jelas memperjuangkan isu kebebasan, keadilan dan keamanan sejagat.

    Filem ini mengisahkan tentang "Kisah kehidupan tiga manusia yang hidup pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu gadis bernama Embun (Umie Aida), bersama abangnya Bayu (Hani Mohsin) serta kekasihnya, Leftenan Koishi (Aqasha). Embun yang berusia 17 tahun adalah wanitaMelayu yang mempunyai semangat pembebasan dan daya juang yang tinggi. Dia bukan seperti wanita sezamannya yang asyik terperap di dapur atau banyak mengalah dalam dominasi lelaki. Seperti abangnya yang menjadi penggerak utama Kesatuan Melayu Muda diBayan Lepas, Pulau Pinang, Embun berpendapat bahawa kedatangan Jepun dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris. Bayu adalah seorang lepasan sekolah Arab dan menjadi pengikut setia pengasas KMM, Ibrahim Haji Yaakob serta anak asuhan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Mereka dengan senangnya mempercayai slogan "Asia Untuk Asia" dan "Lingkungan Kemakmuran Asia Timur Raya" yang dilaungkan pemerintah Jepun.
Suatu hari, setahun selepas kedatangan pihak Jepun, Bayu ditangkap kerana membuat perhimpunan tunjuk perasaan terhadap orang Jepun. Embun memberanikan diri untuk bertemu Jeneral Kurugawa (Ahmad Tarmimi Siregar) untuk memohon dibebaskan abangnya itu. Malangnya, Embun ditangkap Leftenen Akishi (Izi Yahya) dan gadis itu diperkosa secara beramai-ramai. Leftenan Koishi yang baru ditukarkan ke situ melihat kejadian penyeksaan itu lalu menyelamatkan Embun. Embun semakin sedih apabila ayahnya, Pak Harun (Dato' Haji Rahim Razali) dibunuh. Sejak kejadian itu, Embun menjadi lebih bersemangat dan menyimpan dendam terhadap tentera Jepun. Dengan bantuan Koishi, Embun bertemu Kurugawa untuk membincangkan mengenai pembebasan Bayu. Dia disyaratkan supaya bekerjasama dengan Koishi untuk memujuk orang Melayu supaya menyokong Jepun menerusi program pembangunan di Kampung Bukit, Bayan Lepas.
Hubungan Embun dan Koishi kian erat bagai orang yang bercinta, sehingga merunsingkan Akishi yang kemudiannya mendapati bahawa Koishi mengkhianati penjajah dengan membantu orang Melayu menentang penjajah lalu mengehendaki Koishi dan Embun dihukum mati."

    Filem ini menarik dan sesuai ditonton semua peringkat umur kerana ianya mengandungi banyak nilai-nilai murni yang tidak lagi dimiliki generasi muda umumnya yang sememangnya semakin membimbangkan.Diharapkan kita akan lebih menyayangi negara dan menghargai keamanan yang kita kecapi hari ini setelah menonton filem ini.

Tuesday, 15 April 2014

Hak untuk hidup aman dan menghirup udara segar :)

Lirik Lagu Hijau-Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-hijau-zainal-abidin.html#ixzz2yyaOyBds


     Lagu ini jelas menunjukkan yang manusia semakin lupa dan leka dengan arus kemodenan, hutan-hutan ditebang sesuka hati tanpa mempedulikan bahayanya ke atas kehidupan manusia sendiri di kemudian hari. Kita kena ingat bahawa bumi ini adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya dengan baik seperti mana kata ulama bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Kita juga kena ingat bahawa bumi ini bukan kita warisi daripada nenek moyang kita tetapi bumi ini kita pinjam daripada anak cucu kita. Kita haruslah menjaga alam sekitar dengan sebaiknya supaya anak cucu kita akan dapat hidup aman dan sejahtera. Banyak implikasi yang akan menimpa kita jika kita tidak mengawal aktiviti-aktiviti pemusnahan alam sekitar seperti pencemaran udara dan air secara berlebihan, pembalakan dan sebagainya.Kita harus ingat bahawa segala implikasi perbuatan kita akan berbalik kembali pada kita. Jadi, bersama-samalah memilihara 'BUMI KITA'.

Thursday, 27 February 2014

Lirik Lagu Michael Jackson – Heal The World


spoken:
Think about the generations and to say we want to make it a better
world for our children and our children’s children. So that they know
it’s a better world for them; and think if they can make it a better
place.
There’s a place in your heart
And I know that it is love
And this place could be much
Brighter than tomorrow.
And if you really try
You’ll find there’s no need to cry
In this place you’ll feel
There’s no hurt or sorrow.
There are ways to get there
If you care enough for the living
Make a little space, make a better place.
Chorus:
Heal the world
Make it a better place
For you and for me and the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for
You and for me.
If you want to know why
There’s a love that cannot lie
Love is strong
It only cares for joyful giving.
If we try we shall see
In this bliss we cannot feel
Fear or dread
We stop existing and start living
Then it feels that always
Love’s enough for us growing
Make a better world, make a better world.
Chorus:
Heal the world
Make it a better place
For you and for me and the entire human race.
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for
You and for me.
Bridge:
And the dream we would conceived in
Will reveal a joyful face
And the world we once believed in
Will shine again in grace
Then why do we keep strangling life
Wound this earth, crucify it’s soul
Though it’s plain to see, this world is heavenly
Be God’s glow.
We could fly so high
Let our spirits never die
In my heart I feel
You are all my brothers
Create a world with no fear
Together we’ll cry happy tears
See the nations turn
Their swords into plowshares
We could really get there
If you cared enough for the living
Make a little space to make a better place.
Chorus:
Heal the world
Make it a better place
For you and for me and the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for
You and for me.
Refrain (2x)
There are people dying if you care enough for the living
Make a better place for you and for me.
There are people dying if you care enough for the living
Make a better place for you and for me.
You and for me / Make a better place
You and for me / Make a better place
You and for me / Make a better place
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children

Hak Asasi Manusia

Pada lazimnya, hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Perisytiharan ini yang dikenali sebagaiPerisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu:
  1. kebebasan daripada ketakutan
  2. kebebasan daripada kemahuan
  3. kebebasan bersuara
  4. kebebasan kepercayaan.
Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomisosial dan kebudayaan.

Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat.Menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih meluas.

     Antara hak-hak individu ialah seperti hak hidup, makan, minum, pakai, milik, belajar, bersuara, rawatan, bekerja, warganegara dan sebagainya. Tetapi apabila bertembung antara hak individu dengan hak masyarakat, maka hak masyarakat mestilah didahulukan selagi tidak melanggar hak individu yang lebih besar.Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.Lantaran itu, atas "tiket" hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin.Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat.
     
     Manusia adalah makhluk sosial sebagaimana dikatakan oleh ilmuwan moden. Seseorang akan sedikit nilainya kalau dia sendirian, dan akan banyak nilainya kalau dia bersama sama orang ramai.Bahkan dianggap tiada ketika dia sendirian. Atas dasar itu, kewajiban yang berkaitan dengan hak orang ramai atau umat harus lebih diutamakan daripada kewajiban yang berkaitan dengan hak individu. Hak ramai antaranya hak jiran tetangga,hak rakan, ketenteraman awam, kesihatan awam , Hak berhimpun secara aman dan hak berpesatuan.