Tuesday, 15 April 2014

Hak untuk hidup aman dan menghirup udara segar :)

Lirik Lagu Hijau-Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-hijau-zainal-abidin.html#ixzz2yyaOyBds


     Lagu ini jelas menunjukkan yang manusia semakin lupa dan leka dengan arus kemodenan, hutan-hutan ditebang sesuka hati tanpa mempedulikan bahayanya ke atas kehidupan manusia sendiri di kemudian hari. Kita kena ingat bahawa bumi ini adalah tanggungjawab bersama untuk menjaganya dengan baik seperti mana kata ulama bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Kita juga kena ingat bahawa bumi ini bukan kita warisi daripada nenek moyang kita tetapi bumi ini kita pinjam daripada anak cucu kita. Kita haruslah menjaga alam sekitar dengan sebaiknya supaya anak cucu kita akan dapat hidup aman dan sejahtera. Banyak implikasi yang akan menimpa kita jika kita tidak mengawal aktiviti-aktiviti pemusnahan alam sekitar seperti pencemaran udara dan air secara berlebihan, pembalakan dan sebagainya.Kita harus ingat bahawa segala implikasi perbuatan kita akan berbalik kembali pada kita. Jadi, bersama-samalah memilihara 'BUMI KITA'.

No comments:

Post a Comment